PROGRAM RAKAN BUDAYA SUKSES
DI INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SEMBILAN
PADA 21-23 JANUARI 2011
SLOT 1 :PENGENALAN BUDAYA SUKSES
OLEH : SAUDARI NURZALEHA BT AB. TALIB
SAUDARI SITI NUR SYUHAIDA BT ABU HANIZAN
WAKTU : 3:30 P.M-5:39 P.M ( JUMAAT)
Slot ini menekankan budaya sukses dalam diri para peserta program. Antara budaya program yang dibentangkan ialah IKHLAS, HARGAI MASA,CERIA , KERJASAMA, FOKUS dan HIJRAH. Kesemua para peserta program yang terdiri daripada pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM mennjukkan tindak balas atau respons yang positif dan bersemangat. “SIAPA SUKSES?.... SAYA DAN ANDA HEBAT…!!! Itulah slogan atau kata-kata berharga yang sentiasa diulang-ulang untuk kembalikan semangat para peserta. Alhamdulillah,slot pertama pada hari pertama ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kesilapan teknikal. Al-maklum lah kesemua trainer yang hadir terdiri daripada wanita iaitu Saudari Nurzaleha binti Ab. Talib, Saudari Faiznur Fatin binti Ishak, Saudari Ain Syafiqah binti Azman, Saudari Nur Farah Hana binti Zainon Mohamed dan Saudari Siti Nur Syuhaida binti Abu Hanizan dan juga tidak dilupakan turut bersama-sama dalam program ini ialah Guru Sukses Encik Mohamad bin Aspari.
![]() |
::BARISAN FASILITATOR:: |
SLOT 2 : MOTIVASI:TAYANGAN FILEM KEJAYAAN NIK NUR MADHIHAH & SITI FATIMAH
OLEH : PIHAK ITQANS
WAKTU : 8:00 P.M-9:30 P.M (JUMAAT)
Slot pada malam ini memaparkan tayangan filem tentang kejayaan Nik Nur Madhihah dan Siti Fatimah yang merupakan pelajar cemerlang negara 2007 & 2008 (MAAHAD MUHAMMADI LILBANAT). Tujuan filem ini ditayangkan untuk menaikkan semangat adik-adik ITQANS ini agar terus gigih berusaha untuk mencapai kejayaan sekali gus mengikuti jejak langkah kedua-dua pelajar cemerlang Negara ini. Semasa slot ini berlangsung,para peserta menunjukkan reaksi yang baik namun hanya segelintir dalam kalangan mereka. Barangkali kepenatan yang mempengaruhi telah membuatkan sebahagian daripada mereka tidak mampu memberikan respons yang baik. Slot ini berakhir denagn sedikit sentuhan rohani dan tazkirah pendek oleh Ustaz Wan Roslan bin Wan Ali yang merupakan tenaga pengajar di ITQANS untuk menyedarkan anak-anak didiknya tentang tanggungjawab seorang pelajar.
SLOT 3: MISSION STATEMENT (MATLAMAT HIDUP)
OLEH : ENCIK MOHAMAD BIN ASPARI (GURU SUKSES)
WAKTU: 9:15 P.M -11:30(JUMAAT)
Slot pada malam ini dikelolai oleh Encik Mohamad bin Aspari atau lebih dikeneli dengan panggilan Guru Sukses dalam kalangan anak-anak didiknya. Pada malam ini Cikgu Mohamad membentangkan sebuah slide yang memaparkan tentang bagaimana menyusun dan merancang matlamat hidup yang berkesan. Dalam slide tersebut cikgu telah membuat banding beza antara orang yang mempunyai matlamat hidup dan orang yang tidak mempunyai matlamat hidup. Sudah menjadi realiti kehidupan manusia yang tidak mempunyai matlamat hidup selalunya akan mengambil jalan mudah iaitu membunuh diri apabila masalah melanda. Hal ini masih lagi berlaku sehingga sekarang. Berlainan pula dengan orang yang mempunyai matlamat hidup dan sentiasa mencipta nilai untuk mendapat yang terbaik dalam kehidupan mereka. Selain itu cikgu Mohamad juga telah menayangkan video yang berkaitan dengan matlamat dan bagaimana mahu mencipta nilai. Kesemua peserta program menunjukkan reaksi yang positif dan diharapkan semua pelajar mendapat sesuatu yang baru pada malam ini.
SLOT 4 : SUKSES: PENGURUSAN HIDUP PELAJAR LESTARI ITQANS PMR & SPM 2011
(OBJEKTIF, HALA TUJU & KERJAYA PELAJAR TAHFIZ ITQANS)
OLEH : SAUDARI NURZALEHA BINTI AB. TALIB
WAKTU : 8:15 A.M -10-00 A.M(SABTU)
Dalam slot ini saudari Zaleha telah menerangkan kepada adik-adik tahfiz tentang pengurusan hidup yang berkaitan dengan hala tuju, objektif dan kerjaya pelajar yang berkaitan dengan diri mereka. Pengurusa hidup ini termasuklah tentanng peta kehidupan seseorang. Saudari Zaleha juga telah menerangkan bagaimana untuk membina hala tuju kehidupaan yang sebenar agar adik-adik mampu untuk melakar pelbagai jenis kejayaan dalam kehidupan mereka. “ORANG YANG BERJAYA ADALAH ORANG YANG MEMPUNYAI MATLAMAT DAN HALA TUJU KEHIDUPAN YANG JELAS“. Itulah slogan yang sering diulang-ulang agar adik-adik sentiase peka bahawa pentingmya maTLAMAT HIDUP YANG TETAP DAN JELAS. Dalam masa yang sama semua adik-adik peserta diminta untuk duduk dalam kumpulan bagi membincangkan tentang hala tuju kehidupan dan pengurusan masa dan jadual harian. Setiap peserta diminta untuk melakarkan peta kehidupan mereka ataupun target yang mereka ingin capai dalam kehidupan mereka. Mereka juga telah melalui ujian pengurusan masa untuk mengetahui sama ada mereka telah menggunakan masa dengan baik atau sebaliknya. Hasilnya amat memuaskan kerana semua adik-adik memberikan komitmen yang tinggi dalam LDK. Kesemus mereka telah faham dan jelas tentang matlamat yang perlu mereka capai lebih-lebih lagi mereka kini merupakan seorang penghafaz kalam Allah. Tahniah adik-adikku!!
![]() |
::100 IMPIAN:: |
SLOT 5 :KEMAHIRAN BELAJAR :KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS DALAM P & P
OLEH : ENCIK MOHAMAD BIN ASPARI ( GURU SUKSES)
WAKTU : 10:45 A.M – 12:45 P.M(SABTU)
Dalam slot ini cikgu Mohamad telah membentangkan cara-cara belajar yang berkesan dan kreatif kepada adik-adik peserta. Kaedah belajar ini termasuklah kaedah-kaedah membuat nota yang baik. Antara kaedah yang terbaik adalah AKROSTIK,MNEMONIK,SAJAK,PANTUN,KAD KUIZ,PETA MINDA,TEKA SILANG KATA dan banyak lagi. Kelihatannya semua peserta teruja untuk mengetahui kaedah-kaedah tersebut. Kesemua peserta telah memberikan tumpuan tatkala cikgu sukses menyampai maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kaedah belajar tersebut.
SLOT 6 : KEMAHIRAN BELAJAR : KREATIVITI MEMBINA NOTA
OLEH: SAUDARI NURZALEHA BINTI AB. TALIB
WAKTU : 2:30 P.M-5:30 P.M(SABTU)
Dalam slot ini adik-adik peserta diminta untuk mempraktikkan semua kaedah yang didedahkan berpandukan mata pelajaran yang mereka pelajari di sekolah. Alhamdulillah semua peserta mampu mempraktikkan kaedah-kaedah yang didedahkan kepada mereka dan mereka telah menghasilkan pelbagai jenis nota yang menarik secara berkumpulan. Selepas itu setiap kaedah belajar yang dihasilkan perlu dibentangkan agar semua semua peserta memahami dan menjiwai setiap kaedah tersebut ketika membuat nota. Tatkala sesi pembentangan berlangsung,banyak kaedah belajar dan cara-cara membuat nota yang digunakan oleh adik-adik peserta. Jelaslah disini bahawa semua pesrta memahami dan faham menggunakan kaedah belajar tersebut terutama disaat hampirnya peperiksaan.
![]() |
::PERBINCANGAN KUMPULAN:: |
![]() |
::NOTA SECARA TEKA SILANGKATA:: |
![]() |
::PEMBENTANGAN:: |
![]() |
::NOTA YANG TELAH SIAP:: |
OLEH: SAUDARI NURZALEHA BINTI AB. TALIB
WAKTU :9:00 P.M -11:30 P.M(SABTU)
Slot pada malam ini diteruskan dengan pembentangan kumpulan yang belum lagi membentangkan hasil kerja mereka yang telah pun disiapkan pada petang tadi. Pada malam ini hanya berbaki lagi enam kumpulan yang mengikut usrah bagi membentangkan tugasan yang diberi pada hadapan rakan-rakan mereka. Ternyata peserta masih lagi bersemangat untuk melakukan tugasan ini. Semua peserta menunjukkan reaksi positif dan bersemangat. Selepas selesai semuanya semua hasil kerja ditampal dapa dinding dewan. Selepas itu agenda program disambung oleh saudari Nur Farah Hana binti Zainon Mohamed dengan membawa sedikit muhasabah pendek bagi memperbaharui semangat adik-adik peserta.
SLOT 8 : INSAN PERMATA BERLIAN ITQANS PENCIPTA NILAI
OLEH : ENCIK MOHAMAD BIN ASPARI ( GURU SUKSES)
WAKTU : 8:00 A.M-10:30 A.M (AHAD)
Slot pagi ini dikelolai oleh guru sukses dengan menerangkan tentang konsep penciptaan nilai dalam diri setiap individu. Kata guru sukses setiap manusia yang ingin berjaya perlu bijak mencipta nilai dirinya sendiri agar sentiasa maju kehadapan. Hal ini kerana terdapat dua pilihan sama ada ingin mencipta nilai atau mengekalkan nilai. Kata guru sukses lagi orang yang mengekalkan nilai hanya akan dapat apa yang dikekelkan atau apa yang mereka sedia ada. Akan tetapi bagi orang yang ingin mencipta nilai akan memperolehi nilai tambah yang positif dalam hidupnya. Ayuh adik-adikku!!! Mari kita bersama mencipta nilai buat kebaikan bersama dan juga untuk kebaikan ummah, insyaAllah .
SLOT 9 : PELAN TINDAKAN DAN RESOLUSI
OLEH : ENCIK MOHAMAD BIN ASPARI (GURU SUKSES)
WAKTU : 10:30 a.m -12:00 p.m (AHAD)
Slot terakhir ini memerlukan semua adik-adik peserta menulis dalam sehelai kertas tentang apa yang telah mereka perolehi sepanjang program ini berlangsung untuk diserahkan kepada guru mereka. Selepas itu mereka juga diminta untuk menuliskan komen yang berkaitan program ini sama ada kelemahan atau kebaikan program ini. Sebahagian besar mereka mengatakan bahawa program ini adalah program terbaik yang pernah mereka sertai. Terima kasih adik-adikku!! Sebelum berangkat pulan pihak akademi sukses telah membuat video sebagai kenang-kenangan kita bersama.
26 janvier 2011 à 03:40
Semoga sukses!