AGENDA:PROGRAM TOTAL ON TRAINER STAM +ITQAN
TARIKH: I4-16 JANUARI 2011
Taklimat program oleh Encik Mohamad bin Aspari (JUMAAT:4:30 p.m-6:30 p.m)
Bertempatkan dewan kuliah di Saujana Asahan En. Mohamad memberikan sedikit maklumat dan taklimat kepada para bakal trainer sementara semua barisan trainer yang terlibat sedang bermesyuarat di dalam surau. Selepas usai solat asar agenda diteruskan dan dikelolai oleh saudara Zul Aimin bin Zakaria dengan membawa modul suai kenal. Peserta yang terlibat pelajar STAM MANS dan seramai enam orang pelajar dari Itqan. Dalam modul tersebut para peserta dikehendaki menulis nama singkatan mereka dengan setiap satu huruf pada nama mereka mewakili sifat-sifat mereka. Sebagai contoh:
Slot 1 : imperative moral (8:00 p.m-9:30 p.m)
Saudari Nur Zaleha binti Ab. Talib
Slot ini bermula selepas maghrib dan berakhir pada pukul 9:30 malam. Dalam slot ini saudari Zaleha membentangkan modul imperative moral yang juga berkaitan dengan ciri-ciri seorang trainer. Slot ini juga turut menekankan aspek-aspek penting yang perlu ada dalam diri seorang trainer seperti memastikan setiap bakal trainer faham dan tahu akan pengertian trainer yang sebenar. Semua peserta memberi komitmen yang positif dan menunjukkan minat untuk bersedia bergelar seorang trainer yang sukses. “Jadilah seperti gelas yang kosong” adalah ayat yang sering diulang-ulang untuk mengingatkan para peserta agar mereka lebih tahu akan peranan mereka selepas ini.
Slot 2: etika trainer/fassilitator
Saudara Zul Aimin bin Zakaria (10:00 p.m -12:00 a.m)
Slot ini bermula selepas usai solat isyak secara berjemaah bersama para peserta program. Dalam slot ini saudara Zul Aimin telah membentangkan modul yang menekan etika atau sikap yang perlu ada dalam diri setiap trainer. Sebagai contoh setiap trainer harus memiliki fikiran yang terbuka,sentiasa berfikiran positif,menepati masa,menjaga keterampilan, dan seumpama dengannya. Slot ini juga turut menekankan budaya sukses seperti Ikhlas, Menepati masa, Ceria, Kerjasama, Fokus dan Hijrah.
Budaya ini diterapkan untuk memastikan diri setiap trainer mampu untuk mencapainya dan juga mempraktikkan keenam-enam budaya ini supaya sebati dengan diri mereka. Peserta program memberikan tindak balas yang positif. Slot berakhir pada jam 12:00 a.m.
Slot 3: Pelan Tindakan dan Mencipta nilai(Sabtu:8:00a.m-10:00a.m)
Encik Mohamad bin Aspari
Slot ini menerapkan tentang penciptaan nilai dimana setiap trainer perlu tahu dan bijak mencipta nilai baik untuk diri sendiri dan yang paling penting untuk nilai untuk manfaat bersama bukan hanya mengekalkan nilai yang telah sedia ada. Hal ini kerana sekiranya seorang trainer hanya mengekalkan nilai yang ada pada diri mereka sudah pasti trainer tersebut tidak mampu untuk melangkah lebih jauh juga akan menjadikan diri mereka sentiasa berada di takuk lama tanpa ada sebarang penghijrahan dalam diri mereka. Jadi apakah pilihan anda??? Mengekalkan nilai atau mencipta nilai?? Semuanya bergantung pada individu tertentu. Modul ini juga turut diperkuatkan dengan handout yang dibekalkan untuk para peserta. Semua peserta menunjukkan respon yang positif.
Slot 4: Marketing /Financial(10:00a.m-1:00p.m)
Slot ini menerapkan tentang cara-cara pemasaran (marketing) dan financial (kewangan) tentang sesuatu program selepas pendedahan tentang “Pelan Tindakan dan Penciptaan Nilai”dibentangkan. Kata Cikgu Mohamad setiap trainer perlu ada bakat untuk me’marketing’kan program dan menguruskan kewangan agar sesuatu program yang dirancang berjaya dan berjalan lancar juga mencapai ntarget yang diinginkan. Semua peserta yang juga merupakan bakal trainer yang berdedikasi menunjukkan minat dan respons yang baik dan komitmen yang tinggi. Tahniah adik-adikku.
Slot 5 : Pembangunan Modul(2:30p.m-4:40p.m)
Setelah mendapat pendedahan tentang “MARKETING DAN FINANCIAL”,para peserta diminta untuk menyiapkan sebuah contoh modul secara berkumpulan untuk dibentangkan pada sebelah malamnya. Semasa aktiviti ini berlangsung terdapat pelbagai idea-idea baru yang dilontar dan diutarakan oleh adik-adik yang merupakan bakal trainer pada masa akan datang. Rata-rata daripada mereka memilih untuk membentangkan modul Segar Minda dan talks yang berbentuk ilmiah. Walau apa pun kelihatan para peserta amat bersungguh-sungguh menjayakan aktiviti pembangunan modul ini. Hebat atau tidak adik-adik kita ini,semuanya akan terjawab pada sebelah malamnya. Semua peserta memberikan kerjasama yang positif.
Aktiviti outdoor: flying fox (5:30 p.m-6:30 p.m)
Seperti kebiasaan para peserta kan berpeluang untuk merasai nikmat ber’flying fox’ yang tinggi untuk membuktikan pada semua bahawa setiap trainer yang berkaliber perlu dan sanggup menyahut cabaran dan melakukan apa sahaja. Kesemua peserta tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk sama-sama membuktikan pada semua bahawa seorang trainer yang hebat bukan sahaja bijak dan petah berbicara malah sanggup menyahut apa sahaja cabaran yang bukan calang-calang orang dapat melakukannya. Tahniah buat adik-adik yang bakal menjadi trainer untuk menyumbang kepada ummah. InsyaAllah!
SLOT 6 : Sucsess Get Talent (10:00 p.m-12:00 a.m)
Slot ini berlangsung pada malamnya. Kekuatan slot ini bergantung pada kekuatan para peserta membentang modul mereka yang telah disiapkan pada sebelah petang. Semua peserta memberikan kerjasama yang baik. Jika rata-rata kumpulan memilih untuk membentangkan modul yang berkonsepkan segar minda, berlainan pula dengan tetamu undangan Program Latihan Kepimpinan Fasilitator STAM 2011 iaitu pelajar Institut Tahfiz Al-Quran (ITQANS)yang memilih untuk membentangkan sebuah talks berbentuk ilmiah iaitu “RAHSIA WUDHUK”. Tahniah diucapkan kepada mereka kerana telah berjaya muncul sebagai modul yang terbaik pada malam itu.
Slot 7: Kembara Perjuangan (ekplorace) (Ahad:8:30 a.m -12:30 p.m)
Slot ini memerlukan semua bakal trainer diminta untuk memilih wakil dari kalangan mereka untuk sama-sama menjaga checkpoint dan memodulkan rakan-rakan mereka. Semasa slot ini berlangsung banyak perkara baru yang boleh dipelajari. Sungguh hebat adik-adik kita. Ditambah pula dengan lokasi ekplorace yang strategik membuatkan setiap modul berjalan lancar. Terdapat lima checkpoint yang perlu dilalui oleh setiap kumpulan dan kesemua kumpulan berjaya melakukan yang terbaik. Tahniah kepada adik-adik maahad ahmadi dan sahabat-sahabat dari ITQANS. Manakala trainer yang juga merupakan fasilitator hanya menjadi pemerhati dan melihat aksi adik-adik meng’handle’ ekplorace ini. Selepas tamat semua peserta diminta untuk membuat sedikit kesimpulan tentang aktiviti yang dilakukan serta menulis sedikit ‘refleksi’ sebagai penilaian.
0 comments: