twitter





Bisikan hati seorang pengembara ilmu di bumi Morocco suatu ketika dahulu


                  “Huh!!!! Bosan sungguh aku hari ini”, desus hati kecilku. Cutiku di Bumi Tarbiyah ini seakan-akan meragut jiwaku untuk berada di atas katil sahaja. Mana tidaknya aspura bagaikan rumahku yang kedua disaat aku tinggak sendirian di asrama. Sunyi tanpa riuh Hafizi di sisiku. Bilikku itu riuh dengan suaranya sahaja. Petang itu aku menunggu ummi dan ayah datang, tapi hampa kerana ummi dan ayah telah pulang ke kampung. “Huh!! Bertambah kosong jiwaku ini!”,aku mengeluh kecil.

                    Usai mendengar tazkirah di musolla, aku mengalih pandanganku ke mihrab sambil menghayati laungan azan yang mengajak manusia bertemu Yang Esa. Doa selepas azan yang kutadahkan tadi kuruap ke seluruh muka. Azhari memanggilku dari belakang. “Ayie! Kau tolong informkan malam nie ada kelas BM”, Azhari memberitahuku dengan wajah seribu satu makna. Hatiku melonjak keriangan. Gembira sunnguh aku pabila mendengar ada kelas malam ini. Solat maghrib yang diimami oleh Husaini menjadikan diriku ini terasa dekat sekali dengan Robbku. Terlintas di benak fikiranku sebuah hadis nabi yang mengatakan seorang hamba itu berada dekat dengan Allah ketika sedang bersujud.

                   Aku melangkah ke perpustakaan dengan satu tujuan untuk menuntut ilmu. Jam 'Casio'ku ini yang dihadiahkan oleh insan yang kusayang menunjukkan yang aku terlewat 15 minit ke kelas. Hanya doa aku panjatkan agar Cikgu Mohamad tidak memarahiku.  Bob , aku, Syahir, Habib dan Faiz masuk seiringan. Awal muqadimah Cikgu Mohamad, beliau  membacakan perjalanan program KISS yang dianjurkan oleh sahabat-sahabat muslimatku. ‘Zaleha the narrator’….itulah yang mampu aku bisikkan dalam hati ini apabila mendengar kisahnya didalam program tersebut. Memang dia ada bakat menjadi penulis yang menyentuh hati dan perasaan insan yang membacanya.

                     Video Konserto Terakhir menjadi santapan kami selama 1 jam 15 minit. Hati kami tertarik dengan tayangan tersebut.  Ketabahan Hilmi menjadi inspirasiku agar terus berusaha  menjadi seorang yang berjaya. Cita-citaku  ingin melanjutkan pelajaranku ke Maghribi kugenggam erat agar tidak goyah dipukul arus ombak yang kuat seperti goyahnya rumahtangga Hilmi bersama Azizah (kini menjadi kenyataan untuk ke Maghribi). Sikap Pak Bakar  yang baik hati menolong orang susah akanku terapkan dalam jiwa ini agar kudapat merasakan kepayahan dan kepahitan yang dilalui oleh mereka yang susah.
                    Hatiku yang kekosongan sejak dari pagi terasa diisi dengan nasihat darip
adaguruku yang tidak pernah kenal erti penat dan jemu. Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya.

                                                        ditulis oleh : akhi asri (teen trainer AKSES)
                                                        http://selaluberbicara.blogspot.com/

::asri::



samedi 12 février 2011 | 0 comments | Labels:

0 comments:

Enregistrer un commentaire

© Akademi Sukses Consultancy & Training (2008 – 2015)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar dilaman ini
dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat laman ini
hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Admin Akademi Sukses Consultancy & Training terlebih dahulu. Ianya juga hasil kerjasama bersama laman Selalu Berbicara.Com, Siapa Sukses? Saya dan Anda Luar Biasa !