twitter




Assalamualaikum warahmatullah,salam sejahtera salam perjuangan buat pengunjung blog Akademi Sukses Consultancy & Training.

Pada tanggal 1&2 April 2011 yang lalu,bersamaan hari Jumaat dan Sabtu,seramai 11 orang krew Akademi Sukses Consultancy & Training telah dijemput oleh SK Seremban 2(A)untuk mengadakan program Program Pembangunan Kualiti Diri(PROKID) bersama dengan pelajar Tahun 6 sekolah tersebut.Program ini telah berlangsung dengam jayanya di Masjid Negeri Seremban,Negeri Sembilan.Bilangan peserta kira-kira seramai 100 orang.

Program ini lebih berbentuk kepada pembinaan rohaniah,berpegang pada prinsip "SEGALANYA ADALAH DENGAN IZIN-NYA",kejayaan,kecemerlangan,kegagalan,kesusahan semuanya terjadi dengan izin Yang Maha Kuasa,dan kita sebagai hamba,perlulah berusaha.

Program ini bermula pada jam 3.30 petang dengan slot bersama Saudara Mohammad Husaini bin Mahmur.Para peserta melakukan beberapa aktiviti sebelum aktiviti "ice-breaking" & penerangan budaya program..Selepas itu,para peserta bersurai untuk mengerjakan solat Asar di bawah seliaan para fasilitator.

Ice Breaking..

mencatat budaya program


Selepas solat Maghrib,para peserta berkumpul di perkarangan masjid untuk mendengar pengisian daripada sudara Zul Aimin bin Zakaria.Beliau telah mengupas tentang kelebihan Al-Quran berdasarkan sains dan keadaan abad ini.Antara petikan kata beliau ialah "Al-Quran adalah kitab sepanjang zaman".

slot bersama saudara Aimin


Selepas solat fardhu Isya',kira-kira jam 9.30 malam,para peserta telah bersiap siaga di dalam ruang solat untuk melakukan aktiviti seterusnya.Aktiviti pada malam itu ialah "Kembara Malam".Aktiviti ini adalah salah satu aktiviti untuk mendidik kekuatan jiwa para peserta.Para peserta diberikan kain berwarna hitam yang digunakan untuk menutup mata.Setelah itu para peserta didudukkan di halaman masjid.Ketika inilah saat yang menguji kekuatan jiwa para peserta.Kira-kira jam 12 tengah malam,aktiviti pun tamat.Para peserta diberi muhasabah oleh guru sekolah mereka dan Saudara Husaini Mahmur yang bertindak sebagai Moderator.

berkumpul untuk aktiviti malam


2 April 2011

Jam 4 pagi kawasan masjid telah terang benderang kerana para peserta mempunyai aktiviti qiamulail sehingga waktu Subuh.Setelah mengerjakan solat Subuh,para peserta masuk kedalam kumpulan yang telah diberikan.Ini adalah kemuncak kepada aktiviti ini,dimana,para fasilitator memainkan peranan dalam menyentuh hati-hati barisan peserta.Pada ketika inilah,adik adik berkongsi rasa dengan barisan fasilitator.Pada jam 8.30 pagi,aktiviti tamat dan kami menghadapi sarapan pagi.Setelah mengemaskini tempat tidur serta halaman masjid,kami berkumpul di dalam ruangan solat untuk majlis penutupan.Kira-kira jam 10.00 pagi,program tamat dengan jayanya.Sesunggunya,kami berharap agar adik-adik peserta mendapat manfaat diatas pertemuan kita yang singkat ini dan moga-moga Allah merahmati pertemuan kita ini.


Sekalung penghargaan
Guru-guru SK Seremban 2(A)

Adik-adik Tahun 6 SK Seremban 2(A)
Barisan fasilitator ::
Saudara Zul Aimin Zakaria 
Saudara Muhammad Syahir Hazmi Ismail 
Saudara Mohammad Zahid Mohammad Ali 
Saudara Mohammad Husaini Mahmur 
Saudara Muhammad Fakhriey Faqahah Zahari 
Saudara Muhammad Asyraf Harun 
Saudari Siti Salbiah Md Nor 
Saudari Hafizah Syafei 
Saudari Siti Athirah Abdul Rahim
Saudari Nabilah Syazana Azizal 
Saudari Faiznur Ishak
lundi 11 juillet 2011 | 0 comments | Labels:

0 comments:

Enregistrer un commentaire

© Akademi Sukses Consultancy & Training (2008 – 2015)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar dilaman ini
dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat laman ini
hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Admin Akademi Sukses Consultancy & Training terlebih dahulu. Ianya juga hasil kerjasama bersama laman Selalu Berbicara.Com, Siapa Sukses? Saya dan Anda Luar Biasa !