Kehadapan teman-teman traineer AS (Alumni ESQ Angkatan 62)
Alhamdulillah, kita telah sama-sama menghadiri training ESQ untuk traineer AS batch ke-2. Diri ini sangat bersyukur kerana Allah mempermudahkan segala usaha kita untuk membangunkan AS sebagai wadah pembangunan sumber manusia dalam kalangan remaja di Malaysia.
Walapun usia kalian begitu muda, namun diri ini tetap menginginkan kalian mengikuti latihan sumber manusia tahap tertinggi dan terbaik. Alhamdulillah, cita-cita dan impian diri ini tercapai sebelum bermulanya sesi 2012. Dalam kesempatan ini, diri ini ingin mengimbas kembali 5 Tahap Kepimpinan yang disampaikan oleh Pak Imad, agar kita sama-sama dapat mengambil pengajaran daripada training ini.
Setiap traineer harus berusaha meningkatkan kualiti diri dengan melalui tahap-tahap tangga kepimpinan ini supaya kalian mampu meninggalkan LEGASI yang luar biasa dalam kehidupan kalian. Jika kalian tidak memiliki cita-cita tertinggi dan impian yang besar, sudah pasti kalian akan hanya sekadar diingati dan dicintai sahaja selepas selesainya sesuatu program. Sedangkan diri kita harus berusaha dan terus berusaha mencipta nilai, agar suatu hari nanti kalian benar-benar mencapai tahap Kepimpinan Abadi.
Jangan sekali-kali cepat berpuas hati dengan pencapaian masa silam, kerana bangsa termaju di dunia seperti rakyat Jepun tidak pernah berhenti melakukan “kaizen” dalam kehidupan seharian mereka, justeru cabaran yang bakal kita hadapi seringkali berubah-ubah dan menuntut kita menguasai kemahiran baru, pengetahuan baru dan pelan tindakan yang kontemporari, baik dalam bidang kebudayaan, pendidikan, kemasyarakatan mahupun kerohanian. Tidak ada jalan yang mudah dan pendek untuk mencapai matlamat tersebut.
Pelan tindakan meliputi LONG TERM, MID TERM dan SHORT TERM wajar direncana mulai sekarang, agar minda kita bersedia menangani setiap perubahan yang berlaku dalam masyarakat.
Teman-teman traineer yang dikasihi,
Gagasan AS bukanlah sekadar sebuah impian kabur untuk memenuhi kegiatan kokurikulum pelajar. AS dibangunkan dengan visi dan misi yang sangat jelas, iaitu melahirKAN…GENERASI RABBANI PEMANGKIN TAMADUN UMMAH. Berapa lama masa yang perlu diambil untuk mencapai visi dan misi itu. Segala-galanya bergantung kepada KEIKHLASAN, PENGORBANAN dan KOMITMEN semua trainer AS.
Jalan dakwah ini tidak selalunya indah, jalan dakwah ini juga menuntut kita berkorban, meminta diri kita mendahulukan kerja-kerja dakwah @ jemaah berbanding urusan peribadi, kadang-kadang terpaksa berjauhan dengan insan yang dikasihi, dan kadangkala meminta diri kita mengorbankan sebahagian harta untuk perjuangan ini. Sanggupkah kita? Tepuk dada, tanya SUARA HATI masing-masing.
Diri ini tidak memaksa kalian. Diri ini tidak mendesak kalian mengorbankan segala-galanya. Diri ini hanya meminta kalian BIJAK merencana kehidupan seharian kalian agar PLAN ACTION kehidupan kalian seiring dengan VISI dan MISI KEHIDUPAN KHALIFAH yang telah ditetapkan oleh Allah. Apabila kita meletakkan nilai-nilai KEIKHLASAN, PENGORBANAN dan KOMITMEN dalam kehidupan kita bersandarkan kehendak memenuhi tanggungjawab dakwah, maka hati kalian bisa tenang, kerana sesungguhnya yang memberi ketenangan itu adalah Allah jua.
DIA-lah yang membolak-balikkan hati manusia. DIA-lah yang membuatkan kita sentiasa berinspirasi BERFIKIR(what I think) , MERASA(what I feel), BERKATA (what I say) dan BERTINDAK (what I do) dengan tabah, cekal dan berani menghadapi segala keperitan, dan rintangan dalam kehidupan.
Teman-teman traineer yang budiman,
Akhir kalam, marilah kita merenungkan kisah agung lewat sirah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Biarpun Nabi Ibrahim mengerti arahan Allah agar mengorbankan anaknya Nabi Ismail adalah satu arahan yang maha berat bagi dirinya, lantaran bukan sekadar mengorbankan hati dan perasaannya, malah mungkin kehilangan insan yang paling disayangi dalam hidupnya, namun Nabi Ibrahim tetap melunaskan hak Allah, berbanding hak dirinya sebagai seorang ayah kepada seorang anak. Allahhu akbar….
Wahai Ibrahim..Aku (Allah) tidak mahu cintamu terhadap diri anakmu menyebabkan sehingga kau melupakan cinta terhadap kekasih-MU yang telah mengurniakan nilai kasih sayang dalam hidupmu bersama anak mu itu. Allahu akbar….Di atas nilai pengorbanan dan rasa cinta nabi Ibrahim terhadap hak Allah, maka Nabi Ismail ditukar oleh Allah dengan seekor kibas, bagi membalas nilai pengorbanan yang tinggi pada Nabi Ibrahim….Sahabat traineer sekalian, moga renungan ini bisa memberikan kita sumber inspirasi tatkala kita penat, letih, “hopeless” dalam menjalani kehidupan ini. Biarlah diri kita berpenat, bersusah payah, menderita dan menangis tatakala hidup di dunia, daripada kita harus menghadap-NYA dengan penuh sesalan di akhir hayat hidup kita…Allahu akbar.
Thanks to Allah give us a life. Thanks to Allah give us a true friendship. Thanks to Allah give us everything in our life. Semoga bertemu sesi 2012!
21 Disember 2011 | 12.31am
Cikgu Mohamad bin Aspari
CEO Akademi Sukses Consultancy & Training
0 comments: