twitter





Assalamualaikum  warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sukses.
اللهم لك الحمد كله ولك الشكر كله واليك المصير. وبعد.
Semoga semua berada didalam keadaan sihat wal-afiat.
Dikesempatan ini suka saya berkongsi beberapa perkara agar ianya menjadi pedoman kita bersama.  Seperti mana firman Allah, 
“….Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”, Al Maidah :2






Barisan trainer yang dirahmati Allah,

Penubuhan  Akademi Sukses ini adalah bukti kejayaan kita bersama dalam membantu Ummah memahami nilai-nilai kehidupan yang luar biasa.  Kejayaan yang telah diperolehi setelah berkerja keras hampir 4 tahun.  Namun kejayaan ini tidaklah sempurna jika tiada ‘sentuhan’ dari yang Maha Esa.

Suka diingatkan , bekerja didalam Akademi Sukses ini seperti mengemuda sebuah kapal ditengah belantara. Didalamnya terdapat nahkoda yang mengepalai kapal. Didalamnya juga tersusun saf-saf tentera dan didalamnya juga terdapat  anak-anak kapal yang membantu nahkoda menjayakan misi pelayaran mereka.  Tanggungjawab menjayakan misi pelayaran ini semuanya terletak dibahu mereka. Kuat atau lemah mereka yang tentukan. 

Begitulah juga Akademi Sukses. Bekerja didalam sebuah jemaah yang tersusun organisasinya demi mencapai misi dan visi membantu Ummah.  Namun, semuanya tidak bererti jika  nilai Keikhlasan tidak mengiringi perjuangan ini. 

Sedikit kisah untuk dikongsi bersama. Tikamana Laksamana Cheng Ho mendapat arahan dari Maharaja  Yongle untuk belayar mengelilingi dunia demi membawa mesej keamanan dan hubungan diplomatic, ramai talam dua muka yang amat tidak bersetuju dengan arahan itu. Atas alasan Maharaja Yongle menghabiskan duit Negara  China ketika itu. Namun, Cheng Ho percaya dengan keputusan Maharaja Yongle atau dikenali  sebagai Putera Zhu Hi seketika dahulu.

Untuk memastikan  pelayaran ini berjaya Laksamana Cheng Ho berusaha sepenuh tenaganya mencari mereka yang rela(ikhlas) belayar bersamanya.  Hasilnya, Laksamana Cheng Ho merupakan  manusia pertama menjumpai  benua Amerika. Indahnya kerja Ikhlas kerana Dia !

Chinese’s Armada found America 70 years earlier than Christopher Columbus”, Gavin Menzies  ahli sejarah London.

Trainer- trainer  yang saya hormati,

Dalam menempa nilai keikhlasan untuk berjuang berdakwah dijalanNya  banyak pengorbanan yang diberikan.  Hanya dengan nilai pengorbanan ini kita mampu untuk mengukur sejauh mana kita ikhlas didalam perjuangan.  Masih ingat pengorbanan yang dilakukan oleh Sayyidina Ali ? Masih segar diingatan kita apa yang dilakukan oleh Sayyidina Abu Bakar Assiddiq ? atau masih belum luput bagaimana Salahuddin al-Ayubi  memecah tembok  Jerusalam?.

Semuanya hadir dari hati yang ikhlas berkorban untukNya dan untuk memartabat maruah Ummah.   Begitu juga  Penakluk Agung  Sultan Muhammad Alfateh yang berjaya menakluk Kota Konstatinopel dalam usia muda 22 tahun. 

Tetapi , ianya bukanlah semudah  seperti kita fikirkan. Jalan yang mereka lalui itu amat perit dan penuh dengan duri.  Memang lumrah berjuang akan perit dan sakit. Tapi, percayalah! Bahawa semua kesakitan itu akan dirasai manis jika ianya ditonggak oleh paksi keikhlasan.

Sejauh mana kita mampu mengikuti jejak langkah mereka?  Tepuk dada tanya iman kita!

Sahabat trainer yang dikasihi,

Firman Allah swt,
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”, Albaqarah : 45

Teguhkanlah tali rabitah kita kepada Allah ketika menyusuri landasan perjuangan ini.  Ramai yang  dahulunya sama seperti kita berjalan di atas landasan yang sama untuk memberi kefahaman tentang nilai-nilai kehidupan ini tersungkur ditengah jalan kerana  talinya tidak kukuh.

Jesteru itu, perlu diingatkan setiap langkah kita dalam  meredah  kehidupan ini  seharusnya  disertai dengan mengharapkan keredhaan dariNya. Pabila rabitah padaNya  disimpul kemas dan diikat kuat pastinya pertolongan demi pertolongan akan datang memudahkan kerja kita.

Kerana itulah,  kita perlu  pastikan bersama supaya Akademi Sukses ini jauh dari titik hitam yang menjauhkan kita dariNya.

Teman ,

Terakhirnya tentang Komitmen.  Komitmen merupakan rahsia  utama bagaimana Sultan Muhammad Alfateh berjaya menakluki Kota Konstatinopel. Komitmen juga rahsia utama bagaimana Laksamana Hj Cheng Ho berjaya sampai ke Pelabuhan Melaka.  Cuba seketika renungkan bersama saya.

Sebelum Sultan Muhammad AlFateh berjaya membuka Konstatinopel , Baginda menempuhi 22 peperangan kecil dan daripada 22 peperangan kecil itu hampir 9 peperangan menemui  jalan kekalahan.  Namun, itu bukan  pilihan Baginda. Baginda memilih untuk konsisten (istiqomah) dalam melaksanakan komitmennya untuk mencapai Visi dan Misi Baginda s.a.w.

“Konstantinopel akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (HR Imam Ahmad)                  
                              
Berbeza pula dengan Laksamana Cheng Ho. Sejarah membuktikan bahawa Laksamana Cheng Ho ini bukanlah keturunan raja mahupun kerabat raja.  Beliau hanya budak kecil yang ditangkap ketika oleh Maharaja Dinasti Ming dan dijadikan sida.  Apakah kita sedari bahawa ketika itu golongan Sida ini adalah golongan paling hina di Istana.

Oleh kerana, Laksamana  Cheng Ho bertugas sebagai sida kepada Putera Zhu Hi  dan komitmennya sangat tinggi sehinggakan kemana sahaja Putera Zhu Hi pergi beliau akan turut serta dan banyak memberikan idea peperangan yang luar biasa kepada Puter Zhu Hi, beliau dilantik menjadi Laksamana untuk mengetuai Armada Laut China.

Dengan komitmen, gerak kerja kita  pastinya lincir dan lancar. Oleh itu, konsistenkan diri dalam membentuk nilai komitmen yang tinggi untuk membantu Ummah sejagat.
Teman trainer,

Kejayaan hebat adalah hasil dari pengorbanan yang hebat. Pengorbanan yang hebat lahir dari keikhlasan yang utuh. Keikhlasan hanya di asah dengan komitmen yang hebat dan luar biasa.
Semoga kerja-kerja ini Allah pandang dan berikan timbangnya dihari yang tiada paying kecuali payungNya. Semoga terus istiqomah. Wallahu’alam.

Ditengah kesejukkan  -2c,
Mohd Asri Hj Zainal,
Akhukum Fillah.

25 Disember 2012 (0239am)
mercredi 28 décembre 2011 | 0 comments | Labels: ,

0 comments:

Enregistrer un commentaire

© Akademi Sukses Consultancy & Training (2008 – 2015)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar dilaman ini
dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat laman ini
hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Admin Akademi Sukses Consultancy & Training terlebih dahulu. Ianya juga hasil kerjasama bersama laman Selalu Berbicara.Com, Siapa Sukses? Saya dan Anda Luar Biasa !