twitter





LAPORAN PROGRAM PERKAMPUNGAN  AKADEMIK “SKOR A” CALON PMR 2011 (JHEAINS)
OLEH : SITI NUR SYUHAIDA BINTI ABU HANIZAN

2 FEBRUARI 2011 ( RABU)
SLOT  1 : TAKLIMAT DAN ICE BREAKING
OLEH : SAUDARI NURZALEHA BINTI AB. TALIB
Ice breaking pada program kali ini menampilkan mederator atau trainer Akademi  Sukses  yang berkaliber tidak lain dan tidak bukan Saudari Nurzaleha binti Ab. Talib atau lebih sinonim dengan panggilan Kak Leha.  Program kali ini disertai oleh pelajar PMR dari Maahad Ahmadi (MANS), Institut Tahfiz Al-Quran(ITQAN) dan Sek. Men. Agama Sains Kuala Pilah (SELARU). Jumlah kesemua pelajar adalah seramai  177 orang pelajar yang terdiri daripada ketiga-tiga buah sekolah tersebut. Slot ice breaking kali ini dimulakan dengan aktiviti meniup belon yang diwakili oleh 5 orang wakil pelajar lelaki dari setiap sekolah selepas selesai memilih penghulu dan penghuluwati yang terdiri dalam kalangan mereka sendiri. . Aktiviti ini memerlukan setiap wakil sekolah tersebut meniup belon yang diberi dan melepaskan semula belon tersebut dan setiap peserta dikehendaki melangkah mengikuti arah belon tersebut  terbang lalu jatuh. Begitulah seterusnya sehingga sampai ke garisan penamat yang telah ditetapkan. Tujuan aktiviti  ini dijalankan adalah untuk membuang ego dalam diri setiap pelajar agar diri masing-masing ikhlas mengikuti program ini bagi menjamin kejayaan dalam PMR mereka pada tahun ini. Di akhir aktiviti ini terdapat pelajar yang terlebih dahulu sampai dan ada juga yang lambai sampai ke penamat.  Moralnya,jelaslah bahawa sesuatu kejayaan itu tidak datang bergolek malah kejayaan itu bermula dari bawah. Seterusnya  slot ini diteruskan dengan pendedahan “Budaya Program” iaitu  IKHLAS, HARGAI MASA,CERIA,KERJASAMA, FOKUS DAN HIJRAH. Kesemua  budaya program  ini didedahkan agar semua peserta program berpegang malah mempraktikkannya dalam kehidupan harian mereka sebagai seorang pelajar. Akhir sekali  Saudari Nurzaleha membacakan “Deklarasi Pencinta Ilmu”  kemudian diikuti oleh peserta program. Deklarasi pencinta ilmu tersebut adalah seperti di bawah :
Deklarasi  Pencinta Ilmu
Bismillahirrahmanirrahim….
Saya sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu,
Saya sentiasa menghargai masa hidup saya,
Saya sentiasaceria dan mampu membahagiakan orang lain,
Saya kreatif dan mudah bekerjasama dalam setiap perkara,
Saya fokus dalam setiap perkara yang saya lakukan,
Saya sentiasa berhijrah ke arah kebaikan dalam setiap peringkat kehidupan saya.
                                                              :: bersama kak leha::


SLOT  2: KEMAHIRAN TATABAHASA DAN RINGKASAN / PEMAHAMAN
OLEH : ENCIK MOHAMAD BIN ASPARI (GURU SUKSES)
Sebelum Guru Sukses memulakan slot, semua adik-adik telah diberi ujian  tatabahasa bagi mmenguji sejauh mana pengetahuan tatabahasa mereka. Kelihatannya semua peserta program menjawab ujian tersebut dengan tekunnya. Selepas itu Guru Sukses memberi pendedahan tentang skema pemarkahan kertas peperiksaan PMR Bahasa Melayu agar adik-adik jelas dan faham apa yang tersirat ketika penandaan kertas peperiksaan bermula. Adik-adik peserta juga dibekalkan dengan hand out yang begitu berharga yang terdiri daripada contoh-contoh karangan calon-calon yang lalu, pelbagai peribahasa,beberapa petikan dan sebagainya. Adik-adik diarahkan untuk membaca kesemua petikan tersebut dan mengeluarkan fakta-fakta penting,ayat-ayat menarik dan juga bahan bukti yang menjadi penguat bagi sesebuah karangan. Selain itu juga Guru Sukses membincangkan bagaimana cara-cara untuk membuat ringkasan karangan yang terbaik. Kesemua peserta nampaknya begitu teruja untuk melakukan cara-cara penandaan kertas peperiksaan kerana ingin mengetahui bagaimana untuk mendapatkan markah yang baik. Kemudian slot disambung oleh Saudari Nurfatin Syahira binti Zolkafli dengan memberi semangat belajar kepada adik-adik peserta. Kesemua peserta menunjukkan respons yang positif.


                                                                        ::fokusnye::

::pasti  akan ku manfaatkan peluang yang ada::

3 FEBRUARI 2011 (KHAMIS)
SLOT 3 :KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF DALAM PENULISAN
OLEH : ENCIK MOHAMAD BIN ASPARI (GURU SUKSES)
Guru Sukses telah membentangkan bagaimana kaedah untuk membuat karangan terbaik dengan menggunakan kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif .Kata guru sukses lagi setiap karangan yang baik poerlulah menggunakan kemahiran berfikir agar karangan yang dibuat mengikut soalan dan tidak lari dari kehendak soalan. Antara faedah berfikir yang digunakan dalam membina karangan yang bermutu adalah kaedah OPV (Others People Views), C N S (Consequence N Sequence), PMI (Plus Minus +Interesting), dan KEDIMASEN + A . Selepas memberi pendedahan tentang  kemahiran berfikir tersebut semua peserta diarahkan untuk memilih satu tajuk karangan dan membuat karangan dengan menggunakan kaedah berfikir yang telah diberikan secara berkumpulan dan dibantu oleh kehadiran para fasilitator yang hebat dan sukses. Semua kumpulan melakukan tugasan tersebut dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat. Setelah siap mereka perlu membentangkan hasil kerja mereka dihadapan rakan-rakan mereka dan setiap hasil kerja mereka itu akan dikomen oleh para fasilitator sepaya menjadi karangan yang lebih baik dan cemerlang.  Mereka memberikan maklum balas yang positif. Tahniah adik-adikku!!
                                                                      :: demi ilmu::


                                                          :: sahabat boleh tolong terangkan?::


SLOT 4 :PENGHAYATAN NILAI MURNI MELALUI KARYA KOMSAS
OLEH : ENCIK MOHAMAD BIN ASPARI (GURU SUKSES)
Slot ini membincangkan cara-cara menjawab soalan novel PMR dan juga komsas. Rata-rata peserta telahpun  faham dan slot ini tidak memakan banyak masa untuk memahamkan para peserta. Selepas itu semua peserta diarahkan untuk menyalin kembali hasil kerja mereka yang berbentuk point penting dalam membuat karangan dengan menggunakan kemahiran berfikir yang ditampal di sekeliling dewan. Semua  peserta menyalin  dengan begitu tekun sekali dan bersungguh-sungguh. 


                                                                            
                                                                                       :: tugasan yang diberi::

::tekunnye dia menyalin::


SLOT 5: PENGHAYATAN FALSAFAH KEHIDUPAN
OLEH: SAUDARA ZUL AIMIN BIN ZAKARIA
Dalam slot ini Saudara Zul Aimin telah menceritakan pengalaman beliau sebagai trainer akademi sukses yang berjaya untuk memberi semangat kepada adik-adik agar adik-adik juga boleh berjaya dan juga turut berkongsi pengalaman beliau mengikuti program-program besar kepada adik-adik. . Saudara Zul aimin juga turut mengajar adik-adik agar sentiasa melakar apa yang diingini oleh diri kita sendiri  agar suatu masa nanti kita bersama bisa melakar kejayaan diri kita.

::catat jangan tak catat::

3 FEBRUARI 20011 (AHAD)
SLOT 6 : RESOLUSI
Hari terakhir bersama peserta adalah hari yang begitu hening dan sayu. Al-maklum la mahu berpisah antara satu sama lain. Dalam slot ini Saudara Zul Aimin telah mengingatkan kembali (recall) para peserta tentang tujuan program ini diadakan dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar sekolah. Selain itu juga semua peserta diberi sehelai kertas dan mereka dikehendaki menulis sifat-sifat negatif yang ada dalam diri mereka kemudian mereka diarahkan untuk  membuang kertas yang terkandung sifat negatif tersebut sebagai simbolik supaya semua mereka jauh dari sifat-sifat tersebut. Kemudian adik-adik peserta menulis komentar tentang program yang diadakan untuk mereka ini. Setelah menonton sedikit video yang disediakan semua peserta bersalaman dengan fasilitator dan seterusnya majlis bersurai. Moga kalian mendapat sesuatu yang baru untuk diri kalian. Sukses adik-adikku.!!!!!

::inilah impianku::
::siapa SUKSES?::







vendredi 4 février 2011 | 0 comments |

0 comments:

Enregistrer un commentaire

© Akademi Sukses Consultancy & Training (2008 – 2015)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar dilaman ini
dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat laman ini
hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Admin Akademi Sukses Consultancy & Training terlebih dahulu. Ianya juga hasil kerjasama bersama laman Selalu Berbicara.Com, Siapa Sukses? Saya dan Anda Luar Biasa !