Kosong…sepi…suram..sunyi..keadaan lengang di penjuru ‘maktabah’ ini membawa jariku menari mengikut rentak hati. Kedinginan malam dan kesejukan pendingin hawa mengcengkam tubuhku hingga ke tulang sum-sumku. Mataku menoleh ke arah jam yang tersemat dipergelangan tangan kananku. Jarum menunjukkan angka 11:05 malam. Namun , mataku masih segar seperti segarnya semilir malam. Ya! Malam masih muda bukan?
iLir-ilir, lir-ilir tandure wus sumilir
Tak ijo royo-royo tak senggo temanten anyar
Cah angon-cah angon penekno blimbing kuwi
Lunyu-lunyu penekno kanggo mbasuh dodotiro
Tak ijo royo-royo tak senggo temanten anyar
Cah angon-cah angon penekno blimbing kuwi
Lunyu-lunyu penekno kanggo mbasuh dodotiro
Dodotiro-dodotiro kumitir bedhah ing pinggir
Dondomono jrumatono kanggo sebo mengko sore
Mumpung padhang rembulane mumpung jembar kalangane
Yo surako… surak hiyo
Dondomono jrumatono kanggo sebo mengko sore
Mumpung padhang rembulane mumpung jembar kalangane
Yo surako… surak hiyo
Terjemahan lirik ilir-ilir
Ayo bangun (dari tidur), tanam-tanaman sudah mulai bersemi,
demikian menghijau bagaikan pengantin baru
demikian menghijau bagaikan pengantin baru
Wahai gembala, ambillah buah blimbing itu,
walaupun licin tetap panjatlah untuk mencuci pakaian
walaupun licin tetap panjatlah untuk mencuci pakaian
Pakaian-pakaian yang telah koyak sisihkanlah
Jahit dan benahilah untuk menghadap nanti sore
Mumpung sedang terang bulan, mumpung sedang banyak waktu luang
Mari bersorak-sorak ayo…
Jahit dan benahilah untuk menghadap nanti sore
Mumpung sedang terang bulan, mumpung sedang banyak waktu luang
Mari bersorak-sorak ayo…
Ilir-ilir,ilir-ilir.. bangkitlah-bangkitlah… “bangkitlah dari lenamu yang panjang”,kata-kata seorang guru sukses yang tidah pernah kering merafakkan dorongan dan semangat kepada kami anak watan, yang berada di Bumi Tarbiyah ini. Terima kasih Cikgu Mohamad. Pantas, serebrumku memutar masa. Kondisi yamh beberapa jam berlalu menggamit baur-baur emosiku. “Malam ni ade kelas BM”, aku mengingatkan diriku. Seusai solat maghrib berjemaah , aku mula menapak ke “maktabah”. Langkah diatur satu persatu bersama rakan-rakan seperjuangan. Gelak tawa rakan-rakan memecah keheningan malam yang ditemani cahaya bulan di dada langit.
Pengajaran dimulakan dengan perbincangan karangan yang bertemakan kepimpinan, sejarah dan peradaban. Semuanya bermula dengan satu warna iaitu pengalaman. ‘Hidup ini ibarat warna-warna yang dilakarkan di atas kanvas kehidupan, melakar dan mencorak’. Itulah yang diibaratkan dengan peradaban keta masa. Menyelami sejarah masa lampau, tentang keperitan hidup.tentang kecekalan perjuangan dan tentang keberanian tokoh, benar-benar menyedarkan diri ini bahawa beruntungnya diriku dilahirkan di bumi ini sekaligus membangkitkan semangatku dan rakan-rakan dalam mempertahankan nilai sebuah perjuangan. “Siapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya”.
Benarlah kata pujangga ‘Pengalamaan adalah guru yang terbaik yang tidak ternilaikan, biarpun segunung emas permata yang mendatang. Pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi. Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan? Kita perlu mendepani cabaran kini dan masa hadapan.
Malam ini seorang guru sukses, membawa aku dan teman-teman belayar jauh membelah samudera menuju nusantara. Perasaan riang yang terpancar berkepul-kepul menjadi satu. Perkenalan dengan salah seorangf wali songo memberikan nafas baru kepada kami. Syair ‘ilir-ilir’nya benar-benar memukau hati dan perasaanku serta rakan-rakan seperjuangan.
Perjuangan mengenai ‘bocah angon’ anak pengembala yang satu harinya bisa menggegar dunia. Dunia ini adalah pentas ujian untuk menilai tahap keimanan seseorang. Kita juga harus bijak mengatasi kekangan yang melanda. Caknalah dengan isu-isu kontemporari. Pelbagai pedoman yang diterapkan kepada kami agar kami sematkan jauh dilubuk hati. ‘solatullah.salamullah,a’la toha rasulillah’…kami belayar pulang dengan satu azam dan tekad. Aku menoleh ke arah teman-temanku. Pelbagai ajnas ekspresi muka dan wajah yang terpamer. “Semoga berjaya duhai sahabat-sahabatku dalam perjuangan dan kehidupan kalian!”,hati kecilku bermonolog sambil senyuman menghiasi bibir. Perkenalan singkat itu jelas membawa harapan yang mengunung kepadaku dan jua teman-temanku.
Perjalanan kami tidak terhenti di situ. Kami dibbawa pula’meneleport’ kepada zaman silam iaitu ke bumi anbiya’. Perjuangan seorang rasul Allah. Cuba bayangkan Rasulullah berada di sisi kita pada hari ini… aku cuba menyelami episod itu, sebakku berbaur dengan perasaan yang menghenyak pundak. Sirah perjuangan Rasulallah bermain-main dibenakku. Bagai lakonan ,semuanya terlihat di tubir mata ini. “Ya Rasullah!!” semangatmu begitu utuh tersemat,kecekalanmu dalam memperjuangkan Islam benar-benar membuat diri ini ingin menyahut seruanmu itu. Pengorbanan tenaga, harta dan nyawa bertambah menyemarakkan api semangat ini. Ya Rasulallah limpahkan syafaatmu kepada kami di akhirat kelak. Huuhhh!!!!... aku menghela nafas panjang. Ketenangan merajai minda. Kami ‘meneleport’ kembali ke zaman moden ini. Wajah masing-masing menggambarkan seribu kepuasan. Terima kasih Cikgu Mohamad kerana membawa kami mengembara keseluruh pelosok ceruk dunia.
Malam ini kurasakan semangatku kembali bersinar seperti sinarnya mentari. Akan kugantungkan harapanku setinggi bintang kejora. Segala masalah yang melanda,takkanku jadikan ia sebagai halangan malah kanku jadikan ia sebagai batu loncatan untuk aku dan teman-teman menggapai kejayaan. Ya! Masalah itu hanya diibaratkan seperti segenggam garam. Dan aku tidak akan menjadi seperti gelas. Jadilah seperti danau. Walau apapun yang berlaku,hidup mesti diteruskan. Dan , ‘what’s my total action?’ Terima kasih yang tidak terhingga kuucapkan buat seorang guru sukses Encik Mohamad bin Aspari.
oleh: Siti Athirah Abdul Rahim
http://tintasamudera.blogspot.com/
oleh: Siti Athirah Abdul Rahim
http://tintasamudera.blogspot.com/
leha,atin,farah,athirah,syue dan nana |
0 comments: