Bingkisan rasa sekeping hati...
Kata orang peristiwa yang telah berlalu itu merupakan satu sejarah. Begitu juga dengan program-program yang telah terlaksana dengan jayanya. “Kem Inspirasi Serikandi Sukses (KISS) merupakan satu sejarah yang paling manis dalam diari hidupku. Rancangan yang selama ini memakan masa untuk direncana , tetap berjalan dengan lancarnya. Saat menjelangnya program tersebut aku dapat merasakan tautan ukhwah yang terjalin antara aku dan teman-teman serta Cikgu Mohamad yang banyak membantu tika itu.
Sebelum program bermula aku dan teman-teman bersungguh-sungguh membuat persiapan rapi. Tika itu hatiku berbunga riang melihat semua temanku sanggup memberi kerjasama dan tidaklah segala tugas tergalas di bahu teman-teman tertentu sahaja. Sehari sebelum program aku merasakan semangatku tiba-tiba luntur. Entah mengapa…. Namun begitu aku tetap cuba menyembunyikannya supaya teman-teman lain tidak turut merasa seperti aku biarpun saat itu aku tahu selain aku terdapat seorang lagi sahabat yang berkongsi rasa denganku. Kehadiran Cikgu Mohamad pda petang khamis itu itu membawa kembali semangatku yang hilang entah kemana. Hatiku tertanya-tanya untuk apakah kedatangan beliau pada petang itu. Namun segala pertanyaan itu terungkai tatkala cikgu mengkhabarkan satu berita gembira buat kami bahawa seorang insan cenmerlang sanggup menjejakkan kaki ke Bumi Tarbiyah ini. Hatiku tertanya-tanya kembali siapakah gerangan yang dimaksudkan oleh cikgu itu… cikgu hanya tersenyum melihat muka yang kehairanan itu… “ Nik Nur Madihah!!!”,tiba-tiba terpacul nama itu dimulut sahabat baikku Zaleha. Cikgu manganguk tanda setuju dengan temanku itu.
Saat itu..hatiku bergetar. Tidak tahu mentafsirkan apakah perasaanku tika itu. Gembiranya bukan kepalang. Aku yakin teman-teman juga mempunyai perasaan persis sepertiku. Usai berbual-bual dengan cikgu, aku terus mendapatkan teman-temanku yang lain untuk berkongsi berita gembira itu. Riak ceria jelas terpancar di wajah polos teman-temanku. Aku berasa sungguh gembira.
Pada sesi pendaftaran berlangsung,aku amat bersyukur kerana adik-adikku yang merupakan peserta program itu memberi kerjasama walau pun ada ketikanya aku terdengar rungutan kecil daripada mereka. Seterusnya sesi taklimat dikendalikan oleh oleh Saudari Nurfatin Syahira iaitu seorang sahabatku yang berpotensi untuk pergi lebih jauh. Adik-adik tertarik. Kerja aku dan teman-teman seperjuangan menjadi mudah dengan bantuan kakak-kakak sari Senawi 3 yang sanggup berkorban masa dan tenaga walaupun kutahu dapa minggu hadapan mereka akan menghadapi peperiksaan syafawi (STAM). Moga-moga Allah menjanjikan yang terbaik buat dirimu duhai kakak sekalian.
Slot yang dinantikan ialah slot ‘muhasabah’. Maghrib dan isyak ditunaikan secara berjemaah di dalam dewan. Semuanya wanita tika itu. Seusai solat program dimulakan dengan alunan zikir-zikir dari sahabatku. Walaupun terdapat kesilapan teknikal yang kecil, namun berjaya di atasi dengan bantuan rakan-rakan lain. Pada malam muhasabah itu isu yang disentuh ialah “UKHWAH”.
‘Ukhwah seorang sahabat’!! menguji sejauh manakah slogan ‘ukhwah fillah lestari selamanya itu bisa meninggalkan kesan di hati mereka. Modul malam itu aku dan rakan-rakan menyentuh tentang pengorbanan seorang sahabat. Dan pada ketika itu aku merasakan Allah terlalu dekat dengan kami serta memudahkan urusan kami malma itu. Segala masalah dan kemusykilan terungkap. Rupanya ukhwah yang terjalin antara mereka hanya sekadar di bibir sahaja. Pada ketika itu aku terpana melihat mereka saling menyalahi. Begitu juga teman-teman yang lain. Turut terkesima. Terkejut. Dalam hati masing-masing hanya berdoa agar tidak berkalu perkara yang tidak diingini.
“ukhwah itu ibarat gula dalam air…walaupun gula tersebut telah larut..namun rasanya tetap hadir…”
Begitulah kesudahan slot muhasabah pada malam itu. Hubungan persahabatan yang selama ini dingin kembali bertaut berbunga bahgia saat semua adik-adikku bersalaman dan berpelukan penuh mesra. Aku senang melihat mereka. Tanpa disedari cCikgu Mohamad menjadi pemerhati yang setia. Stia menantikan tingkah laku pelajar muslimat.entah apalah yang bermain di minda cikgu tika itu. Malam yang indah itumenjadi saksi ukhwah mereka kembali berbunga ceria. Moga ukhwah itu tetus kekal mewangi dan terus kekal abadi.
![]() |
ukhwah tercipta... |
![]() |
kau sahabat,teman ,kawan, dan rakan |
Saat yang dinantikan telah pun tiba. Kehadiran insan cemerlang iaitu Nik Nur Madihah binti Nik Kamal disambut meriah dan ceria. Aku dan beberapa teman lain sungguh bertuah kerana dapat makan semeja bersama beliau. Satu mimpi indag bertukar menjadi reality. Aku dan teman-teman tidsk pernsh menyangka untuk bertamu insan seperti beliau. Perwatakannya yang cukup sederhana membuatkan aku yakin bahawa dia sebenarnya layak mendapat apa yang dimilikinya tika ini.
Mutiara kata yang dicurahkan pada slot beliau sebanyak sedikit menyuntik semangat aku dan teman-teman. Beliau turut menceritakan pengalaman pahit manis kehidupan yang terpaksa beliau hadapi. Berbekalkan hati yang cekal itulah beliau bertekad untuk menjadi yang terbaik seterusnya berjaya mencapai 20 A dalam SPM 2008 yang lalu dan dinobatkan sebagai pelajar cemerlang SPM nya ketika itu. Sesunnguhnya janji Allah itu pasti buat hamba-hambaNYA yang berusaha,bertawakal dan bertaqwa.
حبل من الله وحبل من الناس
Dua perinsip ini sudah disemat kukuh di dalam jiwanya. Perinsip inilah yang menjadi kunci kejayaan beliau. Selain memiliki sifat rendah diri, beliau juga merupakan seorang yang peramah dan mesra. Sifat semulajadi inilah yang membuatkan aku dan teman-teman tidak merasa canggung apabila berhadapan dengannya. Ucapan beliau pada tika itu amat bermakna dan meninggalkan kesan yang mendalam di hatiku dan sahabat-sahabat seperjuangan.
![]() |
cintakan Allah... cinta yang membawa kepada kejayaan.. |
Duhai sahabat-sahabat….
Teruskanlah perjuangan kalian hingga ke titisan darah yang terakhir. Sesungguhnya pengorbanan yang kalian berikan ini amat menharukan diri ini. Kepada Cikgu Mohamad.. terima kasih kerana banyak membantu kami dalam melaksanakan program KISS ini. Moga cikgu dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus membimbing aku dan teman-teman mengutip mutiara-mutiara ilmu di bumi Allah ini.
ditulis oleh : syuhaida
http://suaraqalbii.blogspot.com/
ditulis oleh : syuhaida
http://suaraqalbii.blogspot.com/
0 comments: