twitter






BINGKISAN PENGALAMAN DAN RASA HATI


Cikgu Mohamad,,..jasamu kan kukenang wahai guru...

Bismillahirrahmanirrahim…..

                       Seperti yang sudah dijangka, kini aku bakal bergelar seorang bekas calon SPM pada akhir tahun ini (2009). Segala kenangan manis sepanjang aku berada di Bumi Maahad ini tidak akan aku lupakan. Buat semua guru yang disanjungi,jasa kalian  semua tidak pernah aku terfikir untuk melupakannya. Kalian adalah insan yang telah mencorakkan diriku ini sehingga benar-benar menjadi manusia yang berguna. Segala tunjuk ajar kalian akan kukenang setiap detik aku masih bergelar seorang insan yang beriman pada Allah S.W.T. Aku mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa kalian semua.

Buat Cikgu Mohamad,

                         Terima kasih yang tidak terhingga atas usahamau menjadikan kami semua sebagai insan yang sukses. Begitu banyak jasamu yang dicurahkan ke atas Bumi Maahad ini sehingga aku benar-benar terasa implikasinya. Aku sedar mungkin ini adalah salah satu caranya untuk mengembangkan generasi yang pastinya berwawasan kelak. Dengan tanpa mengenakan bayaran bagi setiap usahanya, aku merasakan usahanya yang ikhlas itu begitu berbaloi. Setiap detik kami bersama cikgu dalam melayari bahtera kehidupan amat berharga sekali. Selai banyak memberikan input-input yang berbeza,cikgu juga sering memberikan kami seberapa banyak kata-kata perangsang semangat tidak kira lahir dari pemikiran beliau sendiri atau pun daripada pendapat tokoh-tokoh cendiakawan yang terkenal. Aku sentiasa mengingati kata-kata Bill Gates yang telah disampaikan oleh beliau iaitu “If you want know how to apply your intelligence you can achieve anything”, jadi inilah buktinya mengapa aku sering mengatakan beliau seorang yang hebat dan berpewatakan tinggi. Amat tidak masuk akal jika ada segelintir pelajar yang mengatakan beliau hanya mempunyai impian-impian yang kosong. Aku juga akui kadang-kadang beliau begitu meletakkan harapan setinggi gunung pada kami untuk berubah secara serta-merta. Namun, setelah lama diriku berfikir akan kesahihan penyataan beliau,aku akhirnya mengaku yang beliau seorang yang benar dalam memperjuangkan setiap uasahanya, peluang untuk bersamanya tidak akan kulepaskan  kerana aku amat pasti akan menerima natijah yang lebih hebat dari yang aku inginkan. Terima kasih atas segalanya. Cikgu Mohamad bin Aspari….. jasamu akan kukenang sehingga akhir hayatku.


                                                                           
                                                              ditulis oleh : syahir hazmi
  •                                                syahir_hazmi@yahoo.com



jeudi 10 février 2011 | 0 comments | Labels:

0 comments:

Enregistrer un commentaire

© Akademi Sukses Consultancy & Training (2008 – 2015)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar dilaman ini
dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat laman ini
hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Admin Akademi Sukses Consultancy & Training terlebih dahulu. Ianya juga hasil kerjasama bersama laman Selalu Berbicara.Com, Siapa Sukses? Saya dan Anda Luar Biasa !