:kawasan luar Masjid Negara: |
Pada 11 hingga 13 Mac yang lalu krew Akademi Sukses telah pergi ke Masjid Negara, Kuala Lumpur untuk menjayakan sebuah program yang sungguh besar iaitu Program Ibadah Camp Siri 1/2011 anjuran pihak Masjid Negara tersebut. Program ini diadakan untuk adik-adik yang berumur sekitar 7 tahun hingga 13 tahun. Objektif program ini diadakan adalah untuk mengajar dan juga member pendedahan kepada adik-adik tentang cara mendirikan solat dengan sempurna atau lebih mahsyur disebut “SMART SOLAT”. Akan tetapi bukan hanya “SMART SOLAT” semata-mata, pihak Akademi Sukses juga turut memberi motivasi kepada adik-adik agar mereka lebih berkeyakinan dan sentiasa dalam semangat yang baru.
Program kali ini dihadiri seramai sepuluh orang fasilitator yang mana lapan daripadanya merupakan krew Akademi Sukses sendiri manakala dua lagi ialah calon cemerlang SPM 2011 Maahad Ahmadi. Perjalanan ke Masjid Negara bermula tepat jam 12:30 tengah hari pada hari jumaat yang lalu dengan menaiki Avanza hijau milik ketua kami iaitu Encik Mohamad bin Aspari. Semua fasilitator muslimat pergi bersama Cikgu Mohamad manakala fasilitator muslimin bergerak sendiri untuk ke Masjid Negara tersebut. Perjalanan memakan masa yang lama. Kami berhenti untuk solat dan rehat seketika di rumah seorang fasi iaitu Attira sementara Cikgu Mohamad dan Azwan yang turut bersama kami tika itu pergi ke masjid untuk menunaikan kewajipan setiap lelaki muslim iaitu solat Jumaaat. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Usai bersolat dan menyegarkan diri kami bergerak bersama menuju ke destinasi. Sepanjang perjalanan semuanya mendiamkan diri. Mungkin itu yang terbaik. Mungkin jua tatkala itu masing-masing keletihan. Cuma saat itu hanya kedengaran mulut Azwan yang becok bercerita dengan cikgu memandangkan yang lain telahpun lena dibuai mimpi. Kadangkala terdengar Azwan menyanyi kecil menghilangkan bosan yang bersarang di lubuk hati dan memastikan cikgu tidak mengantuk ketika memandu biarpun menurut Azwan ada juga sesekali cikgu tersengguk tatkala memandu. Barangkali cikgu penat dan letih dan alhamdulilah tiada apa yang berlaku sepanjang perjalanan kami kecuali terpaksa berhadapan dengan kesesakan jalan raya yang memang sinonim dengan bandaraya Kuala Lumpur tersebut menyebabkan kami sampai terlewat sedikit.
Walaubagaimana pun,kesesakan yang melanda tidak mematahkan semangat kami memandangkan semangat untuk bertemu dengan adik-adik program mengatasi segalanya. Setibanya kami di perkarangan masjid tersebut, asar telah pun melabuhkan tirainya. Suara muazzin melaungkan kalimah agung menyeru semua ummat islam untuk mendirikan solat yang menjadi tiang agama itu. Tanpa berlengahkan masa kami terus melangkah ke masjid. Terpegun dan terkesima seketika. Kagum dengan binaannya yang unik dan mempunyai ruang yang cukup luas juga amat selesa. Bagi sesiapa yang belum pernah menjejaki masjid tersebut pasti mempunyai perasaan persis seperti kami bagi yang tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid tersebut. Sungguh cantik sekali. Setelah melunaskan tanggungjawab yang utama kepada Maha Pencipta iaitu solat asar kami terus ke Dewan Syarahan Utama (Main Speech Hall) yang terdapat di masjid tersebut. Dewan itulah yang menjadi pilihan untuk program kali ini.
minum petang bersama U.Amru Alhaz Adnan |
Kelihatan ramai adik-adik program yang berkejar-kejaran dalam ruangan dewan tersebut. Tidak kurang juga dengan adik-adik yang menangis di sisi ibu bapa mereka. Sementara menunggu ibu bapa pulang dan keadaan dewan kembali tenang,kami melakukan apa yang patut iaitu memastikan apa yang perlu ada untuk program ini telahpun lengkap.
ni la Main Speech Hall tu |
Setengah jam kemudian iaitu selepas usainya minum petang bersama,tanpa melengahkan masa seorang fasilitator yang berkebolehan iaitu Ustaz Zul Aimin bin Zakaria mengambil tempat dengan menyampaikan maklumat dan taklimat program kepada adik-adik peserta serta pemilihan penghulu dan penghuluwati dalam kalangan adik-adik peserta.
ketika membaca deklarasi pencinta ilmu |
ketika pemilihan penghulu |
Tatkala taklimat disampaikan suasana dewan bising seketika. Hilang kawalan untuk sementara. Maklum sahajalah, nama pun budak-budak, tentu sahaja tuah dan ragamnya banyak dan luarbiasa. Jauh di sudut dewan kelihatan beberapa orang fasilitator sedang mengerumuni seorang adik perempuan yang sedang menangis. Kenapa ya dengan adik tersebut?? Rupa-rupanya adik tersebut menangis kerana mahukan ibunya. Dia menangis sambil menjerit, “nak ibuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!! Nak ibuuuuuuuuuuuuu!!,”begitulah yang diulang-ulang oleh adik tersebut. Penat juga mahu memujukkan. Mati akal seketika fasilitator yang berada bersamanya. Nama adik tersebut ialah Nurin dan baru berusia 9 tahun.
ni la adik Nurin tue |
Usai penyampaian maklumat,semua adik-adik diarahkan untuk ke tempat penginapan sambil ditemani oleh barisan fasilitator. Sepanjang program ini semua pesrta program akan tidur di khemah yang telah siap dipasang dalam masjid tersebut. Pelik jugak berkhemah dalam masjid. Kehairanan bersarang di minda masing-masing. Tidak lama kemudian kehairanan tersebut terungkai jua apabila seorang kakitangan masjid tersebut memberitahu bahawa program sebelum ini memang dilakukan di kawasan luar masjid. Akan tetapi atas langkah keselamatan adik-adik dan langkah berjaga-jaga program kali ini khemahnya didirikan di dalam masjid sahaja. Maklum sahajalah kawasan Kuala Lumpur ini macam-macam yang tidak diingini bileh berlaku. Setelah selesai menyesuaikan diri dengan tempat penginapan dan seterusnya khidmat diri,kami sama-sama mendirikan solat maghrib secara berjemaah. Selepas itu kami menjamu selera dengan makan malam yang telah siap disediakan. Tatkala mahu makan pun ada juga adik-adik yang menangis.
suasana makan berjemaah ;-) |
Barangkali teringat masakan ibu di rumah. Selepas solat isyak berjemaah,slot Cikgu Mohamad bermula. Dalam slot kali ni cikgu membawa tajuk yang mudah difahami memandangkan adik-adik yang masih kecil iaitu “Bagaimana Untuk Menjadi Insan Yang Cemerlang” sungguh bermakna penyampaian cikgu tatkala itu. Cikgu membawa paparan dan cerita orang-orang yang hidupnya cacat namun boleh berjaya dengan semangat dan usahanya. Reaksi adik-adik saat itu amat menyenangkan. Semuanya menumpukan perhatian sepenuhnya. Selepas itu adik-adik dipecahkan kepada beberapa kmpulan kecil yang diketuai oleh seorang fasilitator untuk sesi suai kenal dan menerangkan modul yang ingin didedahkan kepada adik-adik. Selepas itu kami membawa adik-adik untuk tidur pula. Sepanjang malam kami terpaksa berjaga untuk memastikan adik-adik tidur walaupun ada adik-adik yang susah juga untuk melelapkan mata. Kami juga menjadi teman setia adik-adik untuk menemani mereka ke tandas.
adik-adik ketika dalam kumpulan |
Keesokkan paginya selepas usai solat subuh berjemaah kami beriadah bersama-sama. Kelihatan adik-adik begitu teruja ketika beriadah. Barangkali mereka seronok bersukan dan beridah secara beramai-ramai.
sekitar suasana riadah |
sekitar suasana riadah |
sekitar suasana riadah |
Selepas beriadah dan membersihkan badan juga menikmati sarapan pagi kami diarahkan untuk berada dalam kumpulan untuk sesi teori wudhuk dan teori solat. Kagum melihat adik-adik ini kerana rata-rata mereka amat bijak dan pandai. Tidak banyak masalah dam memudahkan kerja kami untuk mengajar mereka. Sepanjang masa tersebut kami hanya mengarahkan adik-adik untuk menghafal semua bacaan dalam solat beserta doa selepas solat termasuklah rukun yang terdapat dalam solat. Begitu juga dengan wudhuk kami hanya memastikan adik-adik tahu dan faham tentang wudhuk dan bacaan niat dan doa selepas wudhuk sementara amalinya pula akan dilakukan pada sebelah petang selepas solat zuhur berjemaah. Alhamdulillah, ketika amali solat dilakukan tidak banyak untuk fasilitator membetulkan setiap pergerakan adik-adik dalam solat. Tugas fasilitator menjadi mudah iaitu hanya perlu menambah serba yang kurang memandangkan adik-adik yang mengikuti program kali telah mendapat pendedahan awal di sekolah. Tinggal untuk memantapkannya sahaja.
amali wudhuk |
amali solat,,, Allahuakbar!! |
Semasa amali solat berlangsung kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pelancong asing yang datang berkunjung dan melawati Masjid Negara tersebut. Sempat juga para pelancong merakam video adik-adik melakukan amali solat sedari awal solat sehingga akhir solat. Mungkin ada yang menjadi tarikan kepada mereka ketika amali solat itu dilakukan.
antara pelancong yang bergambar bersama kami |
Selepas solat isyak secara berjemaah, slot seterusnya ialah tazkirah multimedia yang bertajuk 5 CINTA. Apakah yang dimaksudkan dengan 5 CINTA tersebut??? 5 CINTA tersebut ialah cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada ibu dan bapa, cinta kepada sahabat dan cinta kepada alam sekitar dan seisinya. Reaksi adik-adik ketika itu amat positif biarpun pada saat akhirnya adik-adik telah pun tertidur akibat keletihan. Selepas minum malam aktiviti diteruskan dengan slot yang bertajuk “INSPIRASI ALAM”. Dalam slot ini mata adik-adik akan ditutup dengan kain hitam dan seterusnya barisan fasilitator akan membawa mereka menikmati kepekatan malam dengan mata yang bertutup sambil bermuhasabah diri. Macam-macam keletah dapat ditonton daripada kelakuan adik-adik sepanjang pengembaraan pada malam tersebut. Semuanya mencuit hati. Selepas itu semuanya diarahkan untuk tidur.
Keesokkan harinya merupakan terakhir program ini. Usai solat subuh berjemaah Cikgu Mohamad membuat refleksi dan mengulang kembali apa yang telah dilakukan sepanjang program ini berlangsung. Cikgu jugak mengarahkan adik-adik supaya mencatat dan menulis apa yang mereka dapat sepanjang program ini.
ragam adik-adik |
fasilitator yang penyayang |
Azwan yang sukses |
Alhamdulillah apa yang ditulis oleh adik-adik ini semuanya yang positif belaka. Sementara menunggu kedatangan ibu dan bapa masing-masing, kami duduk bersama adik-adik untuk memberi semangat yang juga boleh dikatakan sebagai kata-kata terakhir sebelum kami berangkat pulang ke Negeri Sembilan. Setelah semua ibu bapa sampai dan mengambil tempat di sisi anak-anak mereka slot pun bermula. Slot khas bersama ibu bapa ini merupakan slot kemuncak iaitu slot muhasabah. Sepanjang slot ini berjalan dan berlangsung kelihatan sebilangan ibu dan bapa yang hadir mengalirkan air mata. Barangkali tersentuh dengan ceramah ustaz yang mengendalikan muhasabah tersebut. Barangkali juga memikirkan tanggungjawab yang perlu dilunaskan terhadap anugerah Allah iaitu anak-anak. Sungguh terkesan ceramah yang disampaikan. Agenda terakhir ialah penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta dan para fasilitator. Sebelum berangkat pulang pihak krew Akademi Sukses berkesempatan untuk beramah mesra dan member sedikit pesanan kepada ibu dan bapa adik-adik ini. Program dan majlis bersurai selepas makan tengah hari. Sesengguhnya pertemuan kali ini bersama adik-adik program ini amat kami hargai.
sekalung penghargaan buat barisan fasilitator:
Cikgu Mohamad bin Aspari
Saudara Zul Aimin
Saudara Hafiz
Saudara Asyraf
Saudara Zahid
Saudara Azwan Nor Azman
Saudari Ain Syafiqah
Saudari Siti Nur Syuhaida
Saudari Nur Farah Hana
Saudari Faiznur Fatin
Saudari Attira
0 comments: