Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum w.b.t, Moga sahabat dan teman
pembaca berada didalam kerahmatanNya. Bulan maulid bakal meninggalkan kita tidak lama lagi, semoga selawat serta salam ke atas Baginda tidak ditinggalkan kita. Suka saya ingatkan bahawa tanpa usaha Baginda dalam menyebarkan islam satu ketika dahulu sudah tentu hari ini kita masih beragama hindu. Bersyukurlah kita kepadaNya. Saya tertarik untuk menulis tentang keadaan manusia hari ini yang seakan sama dengan IBLIS. Mungkin saya yang menulis ini juga tidak terlepas dari memiliki sifat itu. Takabbur dan Sombong! Moga Allah pelihara kita dari semua itu.
Allah berfirman didalam surah al-Baqarah ayat 34 yang bermafhum "Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir". Jelas firman Allah membuktikan bahawa Iblis sekalipun tidak mahu sujuk kepada Nabi Adam a.s yang diciptakan lebih mulia darinya. Sifat iblis yang bongkak ini menyebabkan Allah sangat-sangat murka dengan iblis. Begitu jugalah manusia yang selalu berada disekeliling kita. Kadangkala hingga terlupa yang mereka ini juga berasal dari setitis air mani yang hina seperti kita jua. Namun, akibat usia, pangkat, harta, kedudukan dan kuasa mereka terlupa semuanya itu. Menindas, menzalimi, mengherdik, mencaci dan meninggikan diri pada orang lain tanpa rasa bersalah. Hanya Allah tahu sahaja betapa kita membenci perangai sebegini.
Baginda juga bersabda "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak."(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi). Lagi hadith yang berkenaan sifat iblis ini “Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya ada seberat zarah daripada takabbur.” (Hadith riwayat Muslim). Betapa tegasnya Baginda 'alaihis salam menjenuh perasaan ini. Begitu juga dengan manusia lain. Fitrah manusia inginkan keadaan yang aman tanpa ada rasa sakit hati dan juga rasa tertekan dengan insan lain. Namun akibat sikap mereka yang terlalu eg0@sombong menyebabkan insan lain terluka. "Kau pahal, Kau Pasal, Pahal, B**i, B*#%@& menjadi zikir harian mereka. Saya cukup terluka jika sekiranya salam kita dibalas dengan perkataan yang kurang sopan dan juga dengan suara yang tinggi. Walaupun hanya sekadar gurauan.Tidak bermakna dengan gurauan kita tidak melukakan hati manusia. Tikamana Imam Syafie bermadah dengan penuh tawadhuknya kita pula bermadah dengan penuh rasa tinggi diri. "

0 comments: